Terdapat empat perkara yang diambil kira dalam menjadi pendidik abad ke- 21
Murid
- Hubungkan 'mata plajaran' dengan kehidupan murid-murid,
- Mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis,
- Menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya,
- Menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran,
- Membentuk murid yang celik ICT dari masa ke semasa.
Cara mengajar
- Melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru,
- Fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran,
- Bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran,
- Seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea yang kompleks mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainya,
- Merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran.
Disiplin guru
- Seorang yang 'laparkan' ilmu; sentiasa up to date dalam bidangnya dengan membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; dan mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan,
- Juga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya,
- Bina dan mengekalkan perhubungan profesional.
Keperibadian
- Tunjukkan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar bilik darjah dan mengajar kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang tinggi ,
- Berfikiran terbuka, rendah diri, dan bersikap optimistik.
0 comments:
Post a Comment