Showing posts with label guru abad 21. Show all posts
Showing posts with label guru abad 21. Show all posts
Terdapat empat perkara yang diambil kira dalam menjadi pendidik abad ke- 21


Murid
  • Hubungkan 'mata plajaran' dengan kehidupan murid-murid,
  • Mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis,
  • Menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya,
  • Menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran,
  • Membentuk murid yang celik ICT dari masa ke semasa.

Cara mengajar
  • Melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru,
  • Fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran,
  • Bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran,
  • Seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea yang kompleks mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainya,
  • Merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran.


Disiplin guru
  • Seorang yang 'laparkan' ilmu; sentiasa up to date dalam bidangnya dengan membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; dan mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan,
  • Juga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya,
  • Bina dan mengekalkan perhubungan profesional.

Keperibadian
  • Tunjukkan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar bilik darjah dan mengajar kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang tinggi ,
  • Berfikiran terbuka, rendah diri, dan bersikap optimistik.

Baca selanjutnya.....
 
Domo-kun Cute