Visi
Mewujudkan iklim pendidikan yang  terapeutik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajaran dan sekolah.

Misi
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:  
  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
  • Melahirkan  pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan beraklak mulia. 
  • Membimbing pelajar kea rah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik. 
  • Mewujudkan  suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan kaunseling.  
  • Memberikan pendidikan berjaya bersepadu kepada pelajar.
  • Memupuk semangat  patriotik dan kualiti kepimpingan di kalangan pelajar.


Falsafah Kami
Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

Matlamat
Untuk melahirkan pelajar yang kenal potensi diri, mampu menghadapi cabaran dan boleh membuat keputusan sendiri dalam menangani masalah di dalam kehidupan seharian serta berfikiran kreatif dan kritis.

Objektif

  • Memberi perkhidmatan kaunseling individu dan kelompok yang professional, beretika dan berkualiti.
  • Membantu pelajar mengenal diri, konsep kendiri dan potensi diri.
  • Membantu pelajar dalam menghadapi tekanan emosi dan stress.
  • Memberi motivasi kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan.
  • Membentuk pelajar supaya mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.

Perkhidmatan yang ditawarkan
  • Bimbingan  individu
  • Bimbingan kelompok
  • Kaunseling individu
  • Kaunseling kelompok
  • Kaunseling kerjaya
  • Kaunseling keluarga
  • Kaunseling krisis dan konflik
  • Kaunseling penyalahgunaan dadah
  • Motivasi pelajar
  • Motivasi keibubapaan
  • Kemahiran belajar
  • Perkhidmatan konsultan
  • Latihan kepimpinan





Baca selanjutnya.....
 
Domo-kun Cute