“…bukan saja boleh menyampaikan isi pelajaran dengan baik tetapi juga dapat memahami kami sebagai individu, sentiasa disenangi dan mudah dibawa berbincang”

“ …mereka mestilah boleh kami dekati tanpa rasa takut dan segan”

“…mestilah seorang yang berdedikasi dan tidak kedekut ilmu, tidak terlalu serius dan boleh menyelitkan unsur-unsur humor”


“ …kreatif ketika menyampaikan pelajaran. Menyampaikan sesuatu yang sukar dengan cara yang menarik dan mudah difahami”

“ …ikhlas dan sabar ketika mengajar terutamanya kepada murid-murid yang lemah”

“…mengkritik dan menyindir dengan tujuan memberi kesedaran dan motivasi”

“…sentiasa berusaha menambah ilmu, memperbaharui diri mengikut peredaran masa”

“…tidak harus putus asa. Segera menegur dan membetulkan kesalahan”

“…tidak berat sebelah (pilih kasih) dan prihatin terhadap kebolehan dan kemampuan pelajar”
Baca selanjutnya.....
Untuk anak-anak CIJ 1, renungkan ini bersama-sama... nukilan ini daripada sahabat...

__________________________________________________________________

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.

Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..

i Ɩ♥ѵӗ U ayah ({})♥

* mungkin ramai yang tidak kisah akan kasih sayang seorang ayah ataupun redhanya... saat kita exam, adakah kita akan meminta ayah mendoakan kita. kebanyakannya akan meminta doa seorang ibu.

* sedalam dalam hati ayah, ada perasaan mahu melakukan yang terbaik untuk ahli keluarganya.

* answer me, siapa lelaki terbaik yang pernah hidup dalam hidup kalian? yang sanggup berkorban duit, sanggup melukakan dirinya untuk kalian

Baca selanjutnya.....
Kita kenali ia sebagai ILUSI OPTIK. Perhatikan betul-betul...

Apa yang anda nampak? Wajah seorang tua atau seorang budak duduk dibawah pokok ?



Berapa orang lelaki yang anda nampak?

Anda nampak seorang panglima atau seorang wanita muda ?



Anda nampak orang bermain alat muzik atau wajah 2 orang tua ?

Adakah garisan lurus di atas sama panjang ?

Adakah anda nampak seseorang berjalan ke arah rumah atau wajah orang?


Adakah garisan di atas selari ?

BIRU MERAH HIJAU UNGU
COKLAT HITAM PINK
KUNING BIRU
UNGUPUTIH HIJAU BIRU
Baca tulisan di bawah berdasarkan warna dan bukan berdasarkan tulisannya...


Inilah yang dinamakan keupayaan otak kita untuk mentafsir. Adakah kita banyak menggunakan otak sebelah kiri atau kanan ?

*dipetik daripada pelbagai sumber internet
Baca selanjutnya.....
Terdapat empat perkara yang diambil kira dalam menjadi pendidik abad ke- 21


Murid
  • Hubungkan 'mata plajaran' dengan kehidupan murid-murid,
  • Mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis,
  • Menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya,
  • Menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran,
  • Membentuk murid yang celik ICT dari masa ke semasa.

Cara mengajar
  • Melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru,
  • Fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran,
  • Bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran,
  • Seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea yang kompleks mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainya,
  • Merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran.


Disiplin guru
  • Seorang yang 'laparkan' ilmu; sentiasa up to date dalam bidangnya dengan membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; dan mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan,
  • Juga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya,
  • Bina dan mengekalkan perhubungan profesional.

Keperibadian
  • Tunjukkan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar bilik darjah dan mengajar kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang tinggi ,
  • Berfikiran terbuka, rendah diri, dan bersikap optimistik.

Baca selanjutnya.....


Selamat menduduki peperiksaan PKSR 2 kepada semua murid-murid SK CIJ 1. Semoga anda tenang dan boleh menjawab semua soalan dengan baik. Kami para guru sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anda semua.

ALL THE BEST !!!!

Baca selanjutnya.....
  • Kreatif, kritis dan inovatif
  • Sukakan pembaharuan
  • Mereka sesuatu manfaat yang baru
  • Suka mencuba
  • Berdikari
  • Pantas bertindak mengikut arahan
  • Mengamalkan perkongsian pintar
  • Peka terhadap sebarang bentuk perubahan
  • Suka mencabar diri dengan sesuatu perkara baru
  • Pemikiran aras tinggi
  • Berkeyakinan tinggi
  • Bermotivasi tinggi
  • Berupaya membuat hubung kait dan menyoal
  • Berani dan yakin mengambil risiko
  • Tidak mudah berputus asa
  • Dahagakan ilmu
  • Sering berkolaborasi
  • Mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi
  • Bijak berkomunikasi
  • Berintegriti Mampu mencorakkan sesuatu yang baru
  • Mempunyai inisiatif yang tinggi
  • Mampu berfikir secara sendiri
  • Belajar dari kesilapan dan berani mengakuinya
  • Menguasai kemahiran literasi
  • Bermaklumat
  • Yakin potensi diri sendiri
  • Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami sesuatu perkara
  • dengan lebih tepat dan mendalam
  • Mencemburui masa
  • Berdaya saing secara sihat
  • Beretika

Baca selanjutnya.....
Suatu hari seperti hari-hari kebiasaannya, Cikgu Sameah masuk ke kelas untuk mengajar murid-muridnya.

"Murid-murid sekalian, cikgu nak kamu habaq kat cikgu apa nilai murni yang kamu tahu beserta contohnya sekali.."


Kasim : Lemah-lembut cikgu. Nilai murni kan tu? Contohnya maknyah kat tepi jalan belakang sekolah ni. Saya tengok depa semua memang lemah-lembut.

"Err...depa tu lembut tak bertempat, bukan lemah-lembut ye Kasim. Lemah-lembut contohnya macam Cikgu Sameah kamu ni.. lemah lembut jaa orangya.."


Karim : Saya tahu 1 nilai murni cikgu. Bercakap benar. Contohnya, Cikgu Sameah haruslah bercakap benar dan tidak mengelentong anak muridnya...

" =,=" eheh..ehehe. Bagus Karim, brilliant sungguh contoh yang kamu bagi...."


Karim : Saya ada lagi 1 cikgu! Bersopan santun. Saya seorang murid dan saya panggil cikgu dengan nama Cikgu bukan "Hoi, awek tak cun!" atau "Wey pompuan huduh!".

"Tapi cikgu kamu ni cun kan?kan?"


Karim : Itu bersopan-santun, nilai murni ikhlas tak termasuk cikgu...

"Adeh, kena lagi aku... Haa Karman, cuba bagi 1 nilai murni yang kamu tahu"


Karman : Saya tahu 1 nilai murni cikgu. Mak saya pesan hidup jangan menyusahkan orang lain.

"Haa bagus tu. Cuba kamu bagi contoh"


Karman : Seorang cikgu tidak boleh menyusahkan murid-muridnya dengan menyediakan soalan yang susah dalam peperiksaan.


"Alamek... memang bahan la aku harini. Haa bagus semua. Memang bijak anak-anak murid cikgu. Cikgu pun ada nak kongsikan 1 nilai murni kat kamu semua. Nilai murni tersebut ialah bersabar. Dalam apa jua keadaan, selagi boleh sabar kita kena sabar. Macam cikgu sekarang ni lah. Kalau tak sabar dah lama cikgu pelangkung pala kamu sekoq-sekoq..grr!!"



Walau murid ketegaq dan loqlaq, seorang guru tetap sabar penuh ikhlas melaksanakan tanggungjawab selaku seorang guru.

*Petikan daripada blog http://nubmohdtahir.blogspot.com
Baca selanjutnya.....
MESRA
Sifat mesra kaunselor akan menyebabkan klien tidak kekok bercakap, relaks, selesa dan diterima oleh klien.

JUJUR
Kaunselor yang tidak berpura-pura dalam perhubungan dengan klien bersifat natural, terbuka, spontan, tidak defensive dan konsisten. Dapat berkongsi aksi dan reaksi dari segi mental dan emosi.

TERIMA TANPA SYARAT
Ciri-ciri ini menunjukkan bahawa kaunselor perlu menerima diri klien yang sebenarnya.Kaunselor perlu melayan klien sebagai manusia yang bermaruah dan unik, Perlu berfikiran yang terbuka dan perlu mengelakkan diri daripada berpandangan negetif terhadap kliennya.

BEREMPATI
Ia merujuk kepada kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk dan dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil memahami dan menghayati pengertian daripada proses ini.

KAUNSELOR ADALAH SEORANG:
• sanggup mendengar semua persoalan anda
• menerima tanpa syarat
• menerima dan merahsiakan apa yang anda katakan
• menghormati diri anda sebagai seorang individu
Baca selanjutnya.....
Apa sebenarnya maksud rehat ?
Rehat ialah tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti fizikal atau mental atau melakukan aktiviti yang ringan. (Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan). Waktu rehat boleh digunakan untuk mengurangkan keletihan, menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Untuk merehatkan badan yang telah penat bekerja, kita boleh melakukan aktiviti ringan seperti membaca, bermain karom atau permainan dalaman yang lain. Untuk merehatkan otak yang telah penat berfikir kita boleh mendengar muzik, membaca majalah, bermain dan bersiar-siar.

Jadi, bila kita berehat, gunakan masa rehat dengan sebaik-baiknya supaya kita mempunyai tenaga yang mencukupi untuk mengulangkaji pelajaran.

Masa belajar, belajar betul-betul...
Masa main, main betul-betul...

Jangan masa belajar kita main...
Masa main pun kita main-main...



Baca selanjutnya.....
Seperti biasa, setiap tahun selepas selesai peperiksaan UPSR, beberapa aktiviti dirancang untuk memenuhi masa yang terluang buat murid-murid tahun 6.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah Siri Jejak Warisan. Program ini membawa murid-murid tahun 6 melawat ke beberapa muzium yang terletak berhampiran dengan sekolah. Kedudukan sekolah yang strategik dan berhampiran dengan muzium membolehkan semua murid tahun 6 menyertai program ini.

Adalah diharapkan agar selepas aktiviti ini murid-murid akan beroleh ilmu dan pengalaman yang berharga.


Gambar yang penuh boleh dilawat di pautan ini.
Baca selanjutnya.....
As a teenager, you may be dealing with lots of emotional highs and lows. One minute you might feel great, and the next you feel sad and tearful. This kind of shift in your moods is okay!Your life is changing, just like your body. These mood swings are not just hormones - you may


be feeling a lot more pressure these days, and you are still developing the skills you need to deal with that pressure. You may be facing added responsibilities at home, tougher grading policies in school and your friends may be changing.

As you grow older you will develop the skills you need to manage stress, but for now, just remember you are in a tough spot and need all the support you can get. Reach out to adults and friends -- there is always someone there who cares for you. This section is devoted to issues involving emotions and relationships.
Baca selanjutnya.....
Friendship is the feeling or relationship that friends have. A real friend is one who stands by his friend in his hour of need. A friend is a part and parcel of one’s life. The true friendship between one another is known all over the world. A person who is honest and sincere can prove to be a good friend. Friendship grows on mutual trust and help. One cannot enjoy true and permanent friendship if one does not value it. A true friend inspires the other to improve himself. He will always warn him against going towards the wrong path. One can reform a friend or group of friends who has fallen into bad company. The steady affection of a friend is a great support in one’s life. Baca selanjutnya.....
Kenapa kita ke sekolah? Kita mestilah pergi ke sekolah untuk belajar dan untuk menjadi generasi masa hadapan. Apabila belajar, ilmu yang guru beri kepada kita harus digunakan untuk masa hadapan bukan untuk menyalahgunakannya. Kita tidak boleh ponteng sekolah sesuka hati atau tanpa surat cuti sakit atau lain-lain.

Apabila kita ke sekolah apa kita dapat? Semestinya, ilmu dan apabila sudah berjaya kita haruslah mengingati ibu bapa kita kerana dialah pendorong kita untuk belajar. Apabila tamat belajar, kita semestinya akan merindui zaman kanak-kanak kita sambil belajar bersama-sama dengan guru dan rakan-rakan.

Apabila kita ke sekolah kita dapat mengenal kawan-kawan yang pelbagai bangsa dan kaum seperti Cina, India dan Melayu. Kita juga dapat belajar mengira, membaca, menulis dan sebagainya yang dapat kita bekalkan untuk masa hadapan agar menjadi seorang yang berguna.

Baca selanjutnya.....
Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun atau 13 hingga 25 tahun. Perkataan 'remaja' berasal daripada perkataan Latin bermakna menuju ke arah kematangan. golongan ini sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa. Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah". Baca selanjutnya.....
Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.

Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien .Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.

Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.

Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.

Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.
Baca selanjutnya.....
Beginilah suasana di bilik kaunseling kami. Walaupun kecil, ianya tenang dan mendamaikan.
Klik link di bawah.

 Pintu masuk bilik kaunseling



 Kerusi "Mc Donald" di hadapan bilik kaunseling yang digunakan sebagai berehat dan berbincang.



 Kaunselor yang sentiasa bersedia setiap masa. 


 Perbincangan antara murid dan kaunselor yang sentiasa ceria.

Baca selanjutnya.....
Selamat Datang ke Blog Unit Bimbingan & Kaunseling SK Convent Infant Jesus 1. Kami berusaha untuk menyediakan segala keperluan untuk anda.

Bantulah kami untuk membantu anda Baca selanjutnya.....
 
Domo-kun Cute