Berikut merupakan petikan daripada laman web MOE.


Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 17 November 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 497,691 orang calon telah menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
9 November 2011



berita asal klik disini
Baca selanjutnya.....
Ceramah Meniti Alam Remaja telah disampaikan oleh Dr Rafizah Hanim Ramli telah di sampaikan pada 9 November 2011 bertempat di Dewan SK CIJ. Program ini khusus kepada murid tahun 6 SKCIJ 1 sebagai pendedahan awal terhadap cabaran-cabaran yang akan dihadapi pada awal alam remaja. Semoga mereka dapat mengamalkan ilmu-ilmu yang telah dicurahkan oleh Dr Rafizah sepanjang ceramah ini.

Gambar-gambar sekitar majlis dapat dilihat disini.

Baca selanjutnya.....
Pada 3/11/2011, SK CIJ(1) telah mengadakan hari jualan di sekolah. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancangkan dan murid-murid tahun 6 terlibat secara langsung untuk menjalankan aktiviti hari jualan ini. Selain meningkatkan kemahiran murid-murid dalam aktiviti urus-niaga, ianya dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kesemua warga SKCIJ(1).

Antara gerai jualan yang telah dibuka sepanjang hari adalah gerai Jumble Sale, gerai alat tulis, gerai minuman, gerai telur herba, gerai junk food, gerai nasi lemak, gerai buah-buahan & rojak. Selain itu, murid-murid turut menyertai pelbagai aktiviti seperti bermain permainan di gerai game dan beramai-ramai ke rumah hantu.Tayangan video turut dijalankan pada 2/11/2011 yang lepas dan turut menarik minat ramai murid-murid untuk melihatnya.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak terutama ibu bapa,guru-guru dan murid-murid yang telah menderma dan seterusnya menyokong aktiviti sekolah seperti ini.

Foto-foto sepanjang aktiviti hari jualan terdapat disini.

Baca selanjutnya.....

Baca selanjutnya.....

Baca selanjutnya.....






Baca selanjutnya.....

Baca selanjutnya.....
 
Domo-kun Cute