Antara gerai jualan yang telah dibuka sepanjang hari adalah gerai Jumble Sale, gerai alat tulis, gerai minuman, gerai telur herba, gerai junk food, gerai nasi lemak, gerai buah-buahan & rojak. Selain itu, murid-murid turut menyertai pelbagai aktiviti seperti bermain permainan di gerai game dan beramai-ramai ke rumah hantu.Tayangan video turut dijalankan pada 2/11/2011 yang lepas dan turut menarik minat ramai murid-murid untuk melihatnya.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak terutama ibu bapa,guru-guru dan murid-murid yang telah menderma dan seterusnya menyokong aktiviti sekolah seperti ini.
Foto-foto sepanjang aktiviti hari jualan terdapat disini.