Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama para guru telah melangsungkan dengan jayanya Program Motivasi Kepimpinan untuk barisan pemimpin muda SK CIJ 1, yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pengawas SPBT, Pengawas Kebersihan dan tidak lupa juga Ketua-ketua dan penolong kelas.
Program ini bertujuan untuk memberikan tips dan pendedahan kepada murid bagaimana untuk menjadi pemimpin dan contoh yang kepada rakan-rakan mereka.
Program dimulakan dengan ceramah daripada AADK dan diikuti dengan pengisian slot daripada konsultan luar. Pelbagai input dan aktiviti menarik telah diadakan khas untuk pemimpin muda SK CIJ 1.
Untuk melihat gambar sekitar program, boleh di lawati disini.
Baca selanjutnya.....
Pada 11/1/2012 yang lalu telah diadakan satu Program Motivasi untuk pelajar tahun 6 anjuran Unit Kaunseling SK CIJ 1.
Penceramah tersebut didatangkan khas daripada Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai. Beliau ialah Prof. Madya Dr. Syed Mohamed Syafeq.
Banyak input-input menarik telah diberikan oleh beliau kepada murid-,murid SK CIJ 1. Semoga semua tips yang telah diberikan beliau dapat dijadikan panduan oleh semua murid SK CIJ 1 yang mengikuti program motivasi ini.
Gambar-gambar sekitar aktiviti boleh di lawat disini.
Baca selanjutnya.....
Penceramah tersebut didatangkan khas daripada Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai. Beliau ialah Prof. Madya Dr. Syed Mohamed Syafeq.
Banyak input-input menarik telah diberikan oleh beliau kepada murid-,murid SK CIJ 1. Semoga semua tips yang telah diberikan beliau dapat dijadikan panduan oleh semua murid SK CIJ 1 yang mengikuti program motivasi ini.
Gambar-gambar sekitar aktiviti boleh di lawat disini.
Baca selanjutnya.....

Sekalung tahniah kepada semua murid-murid yang telah menerima keputusan UPSR semalam. Cikgu berasa amat bangga walaupun anda tidak mendapat sebarang A. Jangan sedih kerana perjalanan anda semua masih jauh.UPSR hanya permulaan kepada semua permulaan.
Kepada yang mendapat 5A, cikgu ucapkan tahniah. Jangan terlalu dibuai oleh mimpi. Cepat-cepat bangun kerana perjuangan anda baru bermula.
Sekarang cikgu ingin mengajak anda berfikir sejenak, apa yang dimaksudkan dengan kejayaan? pada cikgu ia satu konsep yang amat mudah. Sekiranya anda mencapai sasaran, maka anda telah berjaya, sebaliknya anda kurang berjaya dan bukannya GAGAL !.
Anda kena ingat, bahawa setiap orang adalah juara kerana anda lahir daripada berjuta-juta benih yang disenyawakan dalam kandungan perut ibu anda. Anda adalah orang yang paling kuat dan hebat.
Selagi anda tidak putus asa, tiada istilah kegagalan dalam kamus hidup anda... Jadi, jangan mengalah terlalu awal.
Cikgu suka kaitkan dengan satu analogi. UPSR ini umpama anda sedang beratur untuk membeli tiket ke destinasi. Keputusan anda baik, mungkin anda dapat tiket kapal terbang. Jika kurang baik, hanya dapat tiket bas lompat-lompat. Yang mana lebih selesa? kedua-dua jenis pengangkutan ini akan membawa anda ke destinasi yang dituju, cuma sudah tentu naik kapal terbang lebih laju dan selesa. betul tidak? Jadi dengan keputusan yang kurang baik, anda tetap sampai...
Anda mungkin bersekolah di sekolah yang baik, berasrama penuh dan penuh dengan kemudahan, tapi itu tidak menjamain kejayaan dalam peperiksaan akan datang. Sekiranya anda tidak mengambil peluang ini dengan baik, maka sia-sialah anda bersekolah di sekolah yang baik-baik. Sebaliknya, walaupun anda bersekolah di sekolah menengah harian biasa dan terus berusaha gigih, tidak mustahil anda akan beroleh kejayaan dalam peperiksaan yang akan datang. Cikgu sendiri dahulu bersekolah di sekolah menengah harian biasa, dan sekarang cikgu telah berjaya menggenggam segulung ijazah dan berkhidmat di sekolah untuk membantu anda semua. Jika cikgu boleh buat, tak kan anda tidak boleh buat?
Jadi sekarang, berhenti meratap sedih, bersorak gembira dengan keputusan anda. Tetapkan sasaran yang baharu dan berusaha untuk mencapainya. Jangan lupa doa restu daripada ibu bapa dan guru. Hormatilah mereka.
STUDY SMART, NOT HARD.
Baca selanjutnya.....
Berikut merupakan petikan daripada laman web MOE.
Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 17 November 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Pada tahun ini seramai 497,691 orang calon telah menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara.Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.Lembaga PeperiksaanKementerian Pelajaran Malaysia9 November 2011
berita asal klik disini
Ceramah Meniti Alam Remaja telah disampaikan oleh Dr Rafizah Hanim Ramli telah di sampaikan pada 9 November 2011 bertempat di Dewan SK CIJ. Program ini khusus kepada murid tahun 6 SKCIJ 1 sebagai pendedahan awal terhadap cabaran-cabaran yang akan dihadapi pada awal alam remaja. Semoga mereka dapat mengamalkan ilmu-ilmu yang telah dicurahkan oleh Dr Rafizah sepanjang ceramah ini.
Gambar-gambar sekitar majlis dapat dilihat disini.
Baca selanjutnya.....
Gambar-gambar sekitar majlis dapat dilihat disini.
Baca selanjutnya.....
Subscribe to:
Posts (Atom)
